Bila anda minta semak kelayakan, setida-tidaknya pegawai atau ajen mesti boleh bagi anda maklumat yang tepat dan jujur mengenai kadar Keuntungan & pay-out.
Seringkali, ataupun tiap hari, ada customer Whatsapp tanya:
Seringkali, ataupun tiap hari, ada customer Whatsapp tanya:
- Kenapa rate kami bagi adalah MBSB Muntaz-i 3.80%, tetapi orang lain bagi 2.50%?
- Kenapa rate Maybank UKHWAH sini 4.99%, tapi tempat sana 3.00%?
- Kenapa sana kata Payout MBB UKHWAH 99%, sini hanya 90%?
- Kenapa sana kata kadar Ihsan Rakyat 2.99%, sini kata 7.99%?
- Sana kata tidak ambil kira sebarang masalah Blacklist, Komitmen Luar dan CCRIS. Kenapa sini banyak tanya-tanya?!........
Kebanyakannya adalah aduan pelanggan bahawa kadar kami adalah lebih tinggi, walaupun pakej yang sama !!!
Jawapan kami:
- Kadar keuntungan & payout adalah sama dan harusnya sama
- Kadar & payout adalah ditentukan oleh Bank atau Koperasi berkenaan
- Jika ada perbezaan kadar, maknanya ada misinformation (maklumat salah) secara sengaja atau tidak sengaja daripada salah satu pihak
- Kami sangat yakin maklumat yang kami berikan adalah betul
Customer memang ingin dapatkan pakej pinjaman dengar kadar paling rendah, payout paling tinggi dan wang keluar dalam 2-3 hari bekerja. Mungkin kerana itu, customer lebih cenderung percayai maklumat yang berlebihan bagus, tanpa verification.
Mengikut kami, bagaimanpun keadaan kewangan anda, seberapa cepat anda ingin dapatkan wang yang anda perlukan, ia adalah sentiasa baik untuk mengesahkan maklumat (verification) yang seseorang memberi anda, supaya anda tidak membuat keputusan anda berdasarkan maklumat yang mengelirukan.
Jika ada orang kata anda boleh dapat pinjaman Ihsan Rakyat dengan kadar 2.99%, payout 95% dan duit keluar dalam 3 hari. Sila jangan percaya !!!